20/07/2012

Ramadhan menjelma kembali


Alhamdulillah.Esok hari pertama kita berpuasa. Jadikan puasa tahun ini lebih luar biasa dari biasa-biasa. Ayat Ateh pagi tadi waktu ceramah Di ambang Bulan Ramadhan. Tapi sayang ceramah Ateh tk dpt dihabiskan sbb waktu mencemburui kami. Tapi takpa sekurang-kurangnya aku dpt belajar perkara yg baru. Kalau nak tahu ada tiga haiwan yg berpuasa seperti kita. 
Yang pertama : Ular.Apabila kulit ular mengupas, ia akan berpuasa sehingga ia mendapat kulit yg baharu.
Yang kedua : Ulat Beluncas. Ketika ia berada di dalam kepompong ia akan berpuasa sehingga lah ia
                      menetas ia akan mendapat sayap yg baru.
Yang Ketiga : Ayam. Apabila ia memeram telur ia akan berpuasa sehingga lah telur itu menetas ia akan                                dpt anak yg baru.

Ia bererti dgn datangnya bulan yg penuh keberkatan, kita dpt mengubah sikap dan berubah ke jalan yg lurus dan betul disisi Allah s.w.t. Jika dulu solat kita tdk cukup 5 waktu maka cukupkan lah agar ia menjadi sempurna. Byk kanlah bersedekah , beramal soleh, In shaa allah Allah akan menggandakan pahala setiap kali kita melakukan perkara yg baik :D 
Diharap kamu semua mendapat iktibar dgn apa yg di ceritakan. :D Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelum ini :D


Terima Kasih kerana sudi membaca:)

1 comment:

Unknown said...

done follo kamu...nice blog